F

Nuffnang Ads

Wednesday, December 12, 2012

Khusyukkah solat ku?

 

Assalamualaikum :)

Harini I just wanna share sth that's really hard for some of us to achieve. And most importantly, I wantto share how to get khusyuk in solah.

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Nak dijadikan cerite ade seorang sahabat Nabi(aku lupe name die), khusyuk die dalam solat sehinggakan semasa cucunye sedang bermain main di sebelahnya ketike die tengah solat tetibe cucu die menjerit.Jerit sebab ape, ade seekor ular membelit cucunye,ahli ahli keluarge sahabat Nabi ini semue cemas hendak meleraikan gelutan (betul ke ayat aku ni) ular tu.Tapi sahabat nabi tu die tetap teruskan solatnye. Kemudian "Assalamualaikum warahmatullah.." sahabat itu memberi salam ke kanan. Then usai solat die pun bertanye pade isterinye "Kedengaran tadi seperti ade bunyi riuh".Subhanaallah khusyuk giler kan beliau,kalau kite lah agak nye,kite pun dah berhenti solat menjerit ketakutan. 

P/S: http://cuteydrmisha.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment