Al-Latif - Maha Halus
1. Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
2. InsyaAllah Akan Mudah Dikasihi dan Jika Dituju Kpd Musuh Atau Yg Sedang Marah , Maka Dengan Izin Allah Akan Lembutlah Hatinya Terhadap Kita....
3. Ketika Ribut Petir Maka Eloklah Di Perbanyyakkan Membaca Zikir Ini , InsyaAllah Akan Redalah Ribut Petir...
4. Cubalah ucapkan "Ya Lathif" sebanyak 129 kali, kemudian baca ayat ini sebanyak sembilan kali:-
Allah hu latifu bi i' ba di hi yarr zu ku maiyyy yasyaaa u' bi ghairrii hi sabb.
Ertinya : Allah amat lembut kepada hambanya, memberi rezeki kepada yang dikehendakinya, dengan tidak terhitung banyaknya.
Ada pengalaman seorang hamba Allah:
Sepanjang saya mendaki gunung pernah sekali tu saya rasa terlalu penat dan hampir putus asa.Tetapi saya hanya mengamalkan zikir dengan memuji nama Allah sepanjang saya mendaki itu.Hanya zikir itu yang menemani saya memandangkan kawan2 saya jauh ke depan dan juga jauh ke belakang.Hanya Allah ang tahu betapa takutnya saya di dalam hutan yang tebal tu.
Dan saya yakin, Allah telah membantu menguatkan semangat saya dengan menyebut zikir-zikir itu.Selain daripada meneman saya sepanjang perjalanan tetapi saya sedar secara tidak langsung,yang Allah akan sentiasa menjaga kita.
Seelok Eloknya Setiap Hari Amalkan Membaca Zikir Asma Ul Husna. Kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.
Mr. HH
Hafiz Hamidun, siapa yang tak kenal kan? He was a former UNIC member. Yea, known him since UNIC. Suara dia berubah la juga, haha. Alhamdulillah, sekarang ni tuning to his songs from album Zikir Terapi Hati. Hari tu ada konsert Zikir Terapi Hati. Tapi sadly, cant join, dekat TGB, sibuk preparing for SPM. HH, kenapalah konsert awak time SPM week? :( Actually, tarikh tu ialah tarikh Maal Hijrah, no wonder. Tapi alhamdulillah, dapat dengar his live concert di Ikim FM, Subhanallah, merdunya suara dia. Alhamdulillah, he use his gift in a good way :) Pernah la juga terlintas nak ada suami macam HH, hehe. Tak salah kan? Tapi ni pesan one of my best friend, Aida.
She said:
"Tugas kita adalah mensolehahkan diri kita agar setanding dengan soleh si dia,"
Wahh, pandai kan dia bermadah, haha. Tapi ada betulnya. Kita nak suami yang soleh, kenalah solehah kan?
Surah an-Nur ayat 26 :
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji
adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita
yang baik....."
Kisah di sebalik ayat ini:
Ayat ini diturunkan bersempena
dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh
puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang
sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol. Allah s.w.t.
mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah
itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti
Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat
diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu
hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang
yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah
sebaliknya.
Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang
berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan
pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua
itu adalah ujian.
Okay la, banyak topik pula dalam entri kali ni. Takpela, kita berkongsi ilmu :) InsyaAllah sampai sini je hari ni. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment