Assalamualaikum dan salam semua :)
In shaa Allah, hari ini saya akan tulis dalam lingua franca
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu ;) Cecewah!
Saya usai membaca novel tarbiyah ‘Cinta High Class’ oleh
Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Mereka sangat ‘sweet’ gitu! Bacalah novel
ini untuk tahu betapa ‘sweet’nya mereka berdua ni ;)
Baiklah, kembali ke misi utama!
“Saya ingat hendak fokus pada pelajaran dahulu.
Perkara-perkara yang lain mungkin akan difikirkan kemudian,” ujarku dengan
malu-malu.
Halaman 34
Hmm. Tersentak juga diri ini saat membaca bait-bait itu. Ya
lah, mana tidaknya, gejolak cinta remaja ni makin membuak-buak tatkala
melangkah ke alam universiti. Hehe. *Senyum kambing* Ni haa, ada satu pandemik apabila
masuk universiti. Pandang kiri kanan atas bawah, ramai pasangan sana-sini
bercinta, baik secara terang-terangan mahupun tidak. Ada yang rapat bagai nak
rak, tapi bila tanya, “Couple ke?” Haa, terus geleng! Oh macam tu pula! Remaja~
Sejujurnya, remaja mana yang tidak pernah terdetik perasaan
suka pada seseorang berlainan jantina? LGBT kita tolak tepi! Haha. Hmm, memang
susah la nak cari kan? Tapi, kita kena sedar:
Cinta itu fitrah. Jika kita tidak pandai mengurusnya, fitrahnya
cinta bakal bertukar fitnah.
Tak salah ada perasaan itu tapi pandai-pandailah kawal
perasaan tu. Jangan bagi syaitan gelak huha huha tengok kita terjatuh dalam
perangkap dia!
Pesanan buat diri dan yang lain: Uruskan suka dan rindu kita
dengan zikrullah. Umur sekarang ni kita bukannya ada duit nak pinang anak dara
orang dan kalau ada pun, dah bersedia ke nak pimpin keluarga sendiri? Haa, buat
lelaki, fikir-fikirkanlah. Buat perempuan pula, kalau boleh, habiskan belajar
dulu, biar dapat genggam ijazah, graduasi dengan cemerlang baru fikir nak
dirikan rumah tangga sebab nanti dah kahwin susah. Makan, minum, pakai laki
semua kena fikir.
Dah jadi macam pesanan mak-mak pula. Haha.
Sampai di sini sahaja buat kali ini. In shaa Allah sama-sama
kita bermujahadah melawan nafsu!
Assalamualaikum ;)
P/S: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
P/S: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Correction : kahwin muda lagi bagus. Fakta : lebih 50% lelaki atau wanita yg kahwin muda menjadi lebih tajam dalam akademik atau kerja. Yang penting kena pandai main peranan suami isteri
ReplyDeleteYes, I do agree on that. But everyone has their own opinion and for me, I still hold on to my stand of not going to marry at an early age. Hmm, ayat macam nak kahwin awal je? Haha O.o
DeleteHahaha. Tu cuma oppinion je. But I'll be backing up your stand, haha XP
ReplyDelete