F

Nuffnang Ads

Monday, February 11, 2013

Kawanku Athesist?

Assalamualaikum w.b.t dan salam everyone :)

InsyaAllah, harini saya nak berkongsi suatu kisah atau ujian yang menimpa hamba Allah yang lemah ini. Tiap hari kita diuji dengan ujian. Ingatlah bahawa:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)


Sempena cuti tahun baru cina ni, alhamdulillah, dapat bercuti lebih kurang 5 hari. Jadi apelagi, hehe, facebook la. Allah gerakkan hati saya untuk buka facebook seorang hamba Allah yang saya rapat, kemudian buka la ask.fm dia. Astaghfirullah, hati saya bagaikan terhenti seketika apabila terbaca soalan dan jawapan pada web macam formspring.me or ask.fm dia mengenai atheist. Astaghfirullah! Allah dah berikan nikmat kepada dia, dan kita wahai umat Islam untuk mendapat nikmat Islam, tapi mengapa dia mempersiakannya? Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya agar kembali menikmati nikmat Islam. Saya tak mahu dia mati dalam kekafiran, biar mati dalam kefakiran daripada mati kekafiran. Kita seharusnya membuka minda mereka agar tahu bahawa Islam itu agama yang lurus. Wahai sahabat-sahabat yang membaca post ini, marilah kita sama-sama berdoa agar sahabat-sahabat kita kembali patuh pada ajaran Allah dan yang penting menghapuskan niat mereka untuk menjadi murtad.

Kawan saya, Saidatul Syafiqah pernah berkata, jika kita mendapat ujian sebegini, kita kena cuba membantu orang tersebut agar kembali ke jalan Allah, jangan sampai dia mempersoalkan, " Kenapa kau tak tolong aku dulu? Kenapa kau biarkan aku?" Sehinggakan dia menarik kita daripada masuk ke dalam Jannah. Na'uzubillahiminzalik. Oleh itu, selagi mana kita berupaya, bantulah mereka, sesungguhnya Allah akan membantu kita kelak.

No comments:

Post a Comment